MBC-Malaysia BroadCasting Network
Brazil merekodkan 1,179 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, kata kementerian kesihatan semalam, iaitu jumlah terburuk di negara Amerika Latin
Jika trend peningkatan itu berterusan buat beberapa hari, Brazil akan berdepan peningkatan penularan pandemik.
Menurut pakar, waktu puncak pandemik itu dijangka hanya akan berlaku awal Jun nanti. Pakar kesihatan awam juga berkata, angka diberikan kerajaan juga berkemungkinan jauh lebih rendah berbanding jumlah sebenar kematian dan jangkitan, kerana negara itu hanya menjalankan saringan pada skala kecil.
Kematian akibat COVID-19 di Brazil melebihi 15,000 orang semalam manakala mereka yang dijangkiti virus itu melebihi 230,000 orang. Ini menjadikan Brazil negara ke lima tertinggi terjejas akibat wabak COVID-19, yang setakat ini sudah mengorbankan hampir 310,000 orang di seluruh dunia.
Nampaknya kaum mamak mula mengambil kesempatan menaikkan harga makanan di musim ramadhan serta dalam kawalan Covid19,
Memandangkan kebanyakan kedai makan ditutup bulan ranmadhan kerana pandemik Covid19. Kebanyakan semua jenis hidangan telah dinaikan harga makanan, minuman,
Kedai Nasi Kandar Siti Zubaidah, yang terletak di kampung Baru mengambil kesempatan diatas kesusahan penduduk untuk berjimat cermat, serta SST masih dikenakan kepada pelanggan.
Tidak ada pergerakan dibenarkan untuk pulang ke kampung pada 1 Mei ini. Begitulah penjelasan Menteri Kanan "Bahagian Keselamatan", Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan bahawa, hanya pendaftaran yang dibuka kepada individu-individu tertentu yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke kediaman masing-masing. "Pendaftaran untuk pergerakan dibuka mula dibukai melalui aplikasi Gerak Malaysia berakhir pada 1 Mei ini.
"Selepas itu kita akan salurkan maklumat kepada polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan sebelum diputuskan mengenai kebenaran pulang itu," katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.
"Selepas perbincangan, mereka perlu mengemukakan atau mencadangkan ke Mesyuarat Khas Menteri, jika diluluskan baru boleh dilaksanakan.
"Ini adalah isu besar, banyak lagi yang perlu dibincangkan, selain Mesyuarat Khas Menteri kita juga perlu bawa ke Mesyuarat Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, selepas itu baru boleh menetapkan tarikh perjalanan pulang," katanya.
Beliau juga menyatakan pihaknya ada menerima pertanyaan mengenai kaedah membawa pulang anak atau keluarga yang terkandas di kampung.
"Ada yang WhatsApp saya mengatakan dia berpisah dengan suami kerana terpaksa hantar suami dan anak di kampung dan dia berada di bandar, terkandas kerana tiba-tiba kita tidak benarkan sebarang pergerakan.
"Perkara ini yang perlu kita selesaikan, bukan sahaja kampung ke bandar tetapi bandar ke kampung, ini memerlukan perbincangan yang terperinci, kita akan berunding dengan KKM, PDRM dan MKN," jelasnya.
Ditanya mengenai cadangan kerajaan meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya, disambut baik pihak.
Seramai 158 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di ibu negara sepanjang bulan Januari, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
Beliau berkata daripada 158 individu yang ditahan, 118 kes telah dituduh di mahkamah dan 40 kes masih dalam siasatan polis.
Pada 29 Januari lalu, kerajaan bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat, terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.