Tidak ada pergerakan dibenarkan untuk pulang ke kampung pada 1 Mei ini. Begitulah penjelasan Menteri Kanan "Bahagian Keselamatan", Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan bahawa, hanya pendaftaran yang dibuka kepada individu-individu tertentu yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke kediaman masing-masing. "Pendaftaran untuk pergerakan dibuka mula dibukai melalui aplikasi Gerak Malaysia berakhir pada 1 Mei ini.
"Selepas itu kita akan salurkan maklumat kepada polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan sebelum diputuskan mengenai kebenaran pulang itu," katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.
"Selepas perbincangan, mereka perlu mengemukakan atau mencadangkan ke Mesyuarat Khas Menteri, jika diluluskan baru boleh dilaksanakan. "Ini adalah isu besar, banyak lagi yang perlu dibincangkan, selain Mesyuarat Khas Menteri kita juga perlu bawa ke Mesyuarat Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, selepas itu baru boleh menetapkan tarikh perjalanan pulang," katanya. Beliau juga menyatakan pihaknya ada menerima pertanyaan mengenai kaedah membawa pulang anak atau keluarga yang terkandas di kampung.
"Ada yang WhatsApp saya mengatakan dia berpisah dengan suami kerana terpaksa hantar suami dan anak di kampung dan dia berada di bandar, terkandas kerana tiba-tiba kita tidak benarkan sebarang pergerakan. "Perkara ini yang perlu kita selesaikan, bukan sahaja kampung ke bandar tetapi bandar ke kampung, ini memerlukan perbincangan yang terperinci, kita akan berunding dengan KKM, PDRM dan MKN," jelasnya.
No comments:
Post a Comment