Brazil merekodkan 1,179 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, kata kementerian kesihatan semalam, iaitu jumlah terburuk di negara Amerika Latin
Covid19 Brazil |
Jika trend peningkatan itu berterusan buat beberapa hari, Brazil akan berdepan peningkatan penularan pandemik.
Menurut pakar, waktu puncak pandemik itu dijangka hanya akan berlaku awal Jun nanti. Pakar kesihatan awam juga berkata, angka diberikan kerajaan juga berkemungkinan jauh lebih rendah berbanding jumlah sebenar kematian dan jangkitan, kerana negara itu hanya menjalankan saringan pada skala kecil.
Kematian akibat COVID-19 di Brazil melebihi 15,000 orang semalam manakala mereka yang dijangkiti virus itu melebihi 230,000 orang. Ini menjadikan Brazil negara ke lima tertinggi terjejas akibat wabak COVID-19, yang setakat ini sudah mengorbankan hampir 310,000 orang di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment