Bahasa English Edition Archive

.

Featured Post

Dubai on Fire

Sharjah: A massuve hearth broke out at Abbco Tower in Sharjah on Tuesday night. Occupants discovered to Gulf News that the hearth is reg...
Continue Reading

Burger Babi Guna Nama Orang Islam- Memang Babi

Restoran makanan segera yang menjual burger daging babi dengan nama "P Ramly" disiasat pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.  Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata siasatan mendapati kes berkenaan tertakluk di bawah bidang kuasa KPDNKK mengikut Seksyen 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal), Akta Perihal Dagangan 2011.
Katanya, beberapa pegawai mengunjungi premis berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam dan berada di situ lebih sejam untuk mendapatkan butiran membabitkan burger berkenaan.
MBC Network
Rujukan BH - Burger Babi Guna Nama Orang Islam




"Kita tidak mahu umat Islam tersalah anggap. Pemeriksaan itu dilakukan berdasarkan aduan orang awam," katanya. Haris berkata, kertas siasatan akan disiapkan sebelum dimajukan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.
Katanya, JAIS tidak boleh mengambil tindakan terhadap premis itu kerana ia memang kedai tidak halal.

Semalam, BH mendedahkan sebuah rangkaian restoran makanan segera menawarkan menu burger daging babi dinamakan P Ramly yang dibantah orang ramai kerana menempatkan papan promosi menu itu di khalayak umum.

Sementara itu, Pengeluar daging burger, Ramly Food Processing Sdn Bhd, mempertikaikan kelewatan pihak berkuasa bertindak terhadap restoran yang menjual burger daging babi, menggunakan nama "P Ramly" meskipun aduan dibuat sejak tiga minggu lalu.
Syarikat yang memiliki tanda niaga berdaftar "Ramly" bagi produknya membuat aduan mengenai perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 7 Oktober lalu sebelum disahkan penerimaannya tiga hari kemudian.

Pengasas dan pemilik Syarikat Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni, berkata aduan dibuat selepas menerima rungutan pengguna Islam yang marah dan kecewa kerana nama burger daging babi berkenaan mengingatkan mereka kepada produk syarikatnya yang sudah lama bertapak.

Syarikat itu turut mempersoalkan tindakan restoran terbabit menggunakan nama burger daging babi sebagai P Ramly kerana bunyi sebutannya sama seperti seniman agung negara, Tan Sri P Ramlee, yang dikenali sebagai Melayu beragama Islam.

Katanya, aduan dibuat kerana rangkaian restoran makanan segera tidak halal itu menjual, mengedar dan mengiklankan produk daging babi menggunakan nama P Ramly yang sebutannya boleh mengelirukan pengguna Islam.

Semalam, akhbar ini mendedahkan tindakan rangkaian restoran makan segera terbabit mengiklankan burger babi di khalayak ramai dengan menggunakan nama "P Ramly" yang mendapat bantahan banyak pihak.

"Kami berharap KPDNKK mengambil tindakan segera menghentikan penggunaan nama tokoh ternama beragama Islam pada burger babi (P Ramly) yang jelas menghina, memanipulasi dan mengelirukan masyarakat Islam, agama Islam dan pengeluar produk halal Islam.
Sementara itu, restoran Ninja Joe dalam penjelasan menerusi laman Facebook malam tadi, mengakui perkataan "Ramly" dalam burger babi itu sebagai "penghormatan" kepada jenama Ramly sebagai pengeluar burger ternama di negara ini.
 
"Huruf "P" di depan nama burger merujuk kepada "pork" (babi). Jadi ia adalah burger "Pork Ramly". Kaitan dengan pelakon itu (P Ramlee) adalah semata-mata kebetulan," kata kenyataan itu.

Katanya, restoran itu sudah menurunkan poster burger berkenaan dan kini dalam proses menukar nama menu terbabit.
Mengulas penjelasan restoran terbabit, Ramly tegas mahu pihak berkuasa bertindak dan menolak alasan restoran berkenaan kerana tidak boleh menggunakan nama orang Islam pada produk daripada babi.
Sementara itu, anak seniman agung P Ramlee, Sazali ketika dihubungi, berkata keluarganya terkejut kerana ada pihak sanggup melakukan perkara itu seolah-olah mempersendakan nama bapanya.

 

No comments:

Post a Comment

Coming Soon

TRIBUTE TO RISHI KAPOOR

You Might Visit !!