Tindakan Kementerian Kesihatan mengharamkan pusat kecantikan memberi suntikan vitamin C dan suntikan lain kepada pelanggan adalah tepat. Pemberian perkhidmatan suntikan oleh golongan bukan profesional boleh mengundang padah kepada pengguna.
Photo Credit: Nasenkorrektur |
Kehendak pengguna yang menginginkan kulit menjadi putih dan gebu dalam masa singkat menyebabkan suntikan itu menjadi semakin menular terutama cecair yang dibeli dengan harga murah daripada pengilang yang tidak diketahui mempunyai kelulusan sah.
Pengguna tidak diberikan penjelasan dari sudut profesion seorang doktor mengenai kesan sampingan juga faedah yang perlu dijelaskan dengan lanjut sebelum sesuatu rawatan diberikan.
Sebarang produk bahan kimia yang diberikan melalui suntikan perlu mempunyai kertas keterangan lanjut mengenai produk mereka.
Dos yang boleh diberikan, kesan sampingan dan sebagainya perlu dijelaskan di dalam lampiran produk. Setiap bahan kimia yang disuntik dalam salur darah akan memasuki pembuluh darah dan dibawa ke jantung. Dari jantung ia akan dipam ke bahagian badan termasuklah organ penting seperti buah pinggang, hati juga otak.
Fungsi buah pinggang dan hati sebagai penapis bahan kimia yang memasuki badan. Jika dos melebihi paras berbahaya, kesan jangka masa panjang tidak dapat dielakkan. Ia boleh menyebabkan buah pinggang dan hati menjadi rosak dan gagal berfungsi.
Kegagalan buah pinggang dan hati adalah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan dan tiada rawatan khas menyebabkan toksik dalam badan berkumpul dan memudaratkan organ lain. Simptom pengumpulan toksik dalam badan dan buah pinggang rosak serta hati ialah seperti bengkak kaki, tangan dan perut menjadi kembang serta buncit.
Kulit pesakit boleh menjadi kuning, bersisik dan gatal seluruh bahagian badan. Pesakit juga sukar membuang air kencing atau air kencing berkurangan. Lebih merisaukan ia boleh menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas, sakit dada dan akhirnya koma akibat gangguan fungsi otak disebabkan oleh pengumpulan toksik yang tinggi.
Jika lewat mendapat rawatan, mungkin berlaku kematian. Untuk memastikan keadaan buah pinggang dan hati adalah terkawal, ujian darah boleh dilakukan. Seterusnya ujian ultrasound dapat melihat saiz hati dan buah pinggan sama ada ia masih typical, bengkak ataupun sudah mengecut.
Melalui ujian darah itu, jika buah pinggang gagal berfungsi, pesakit mungkin perlu menjalani rawatan dialisis. Lebih menyedihkan jika pesakit akan terus bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat. Tiga kali seminggu dan empat stick setiap kali dialisis perlu dilakukan.
Sebelum masalah yang tidak diingini berlaku, pengguna hendaklah bertindak bijak dalam menentukan masa depan keluarga dan kesihatan. Bagi mereka yang menjual produk cecair suntikan ini, perlu ada rasa bertanggungjawab atas kesihatan individu lain. Rujuklah kepada doktor mengenai produk yang diberikan dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
Bagi jururawat yang mengambil upah di pusat kecantikan, anda hendaklah bersikap profesional dalam menjalankan tugas bukan hanya mendapat imbuhan atas suntikan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment